15
Apr
10

back

agak lamer tak update blog nih sebab kebizian ditambah dengan kerosokan body kamera
yang di hantar serbis di nikon centre time square. aku akan update beberapa gambar yang di tangkap sebelum kamera di serbis ^_^

Advertisements
31
Oct
09

Go Kart ^_^V

hari yg sgt enjoy, join comp go-kart yg di anjurkan oleh sport club chevron di city karting seksen 13 kalu tak silap la. track dia bebetul sebelah stadium shah alam. sgt enjoy pasal dpt third place heheheh :p walaupun ingat tak boleh menang pada asal nyer pasal ketika final no pool aku berada di kedudukan 13 dari 20 perserta final ehehhe. ok la share skit gambar yg di ambil ketika aktivi go-kart ini 😛

Pagi sampai kasik breakfast dulu 🙂




Tgh mencari ilham corner terbaik hehehe


Alvin yg tader perasaan main go kart


Aisehh aku luper bawak rayban la

Gentlemen start your engine…








The Final 20

Get ready to dash..

Akhirnyer pemenang nyer adelah kami bertiga 🙂



22
Oct
09

Bora Asmara

hari ini pegi dinner sama It Team dekat kampung sg pechala. nama kedai dier bora asmara aku rase dier nih adik beradik dengan bora ombak kut pasal design dier lebih kurang sama iaitu mengikut bali stail.  Bagi yang tak familiar dengan tempat nih mmg susah gaks nak cari kedai nih. kalu aku yg pegi sendiri ke tempat nih sure malalut tak kemane aku pegi ehhehe nasib baik alvin ader so naik ngan mamat tuh.  Kawasan kedai mmg cun  dan siap ader live band pegi meja ke meja wohhh best wooo . ok ader beberapa gambar yg di ambil dari kamera ku













20
Oct
09

Awan – awan

ini la fav aktiviti semasa boring,  mari snap awan ngeee :D. aku mmg suke snap pic awan nih tak kire la time sunrise, tengahari bute, sunset mahupon tgh mlm heheheh, ini beberapa gambar dari kamera ku 🙂 gambar telah melalui proses pp sedikit …. enjoy






20
Oct
09

Makan – Makan

pic di ambil ketika berbuka puasa di hartamas square bersama rakan rakan ofice yang sengal. waaa makanan kat sini boleh tahan juga la walaupun agak mahal skit biasa la hartamas kan hehehehe. time nih hanya mak mah ngan vincent ja yg tak dpt join kiteorg kalu tak sure complete group nih heheh :p. ok di bawah beberapa gambar yg di ambil dari lensa aku yg tak seberapa 🙂







20
Oct
09

Elit USJ

Ada sedikit gambar dari  camera aku yg tak seberapa yg ingin di kongsi 🙂 , gambar semua di ambil ketika pusingan kelayakan comma (aku rasa la, aku pon luper aper name comp dier nih :p). Ader member aku yg join race nih cayok cayok badai . . .

DSC_3728





20
Oct
09

Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

(Usman Awang)




October 2017
M T W T F S S
« Apr    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Archives

Categories

Top Rated